PAKAIAN SERAGAM

Pakaian Seragam Pengakap Kanak-kanak



1. Forage cap berwarna biru dengan lilitan biru tua serta lilitan pita kain
berwarna merah terang berukuran 0.6 cm dan berlambang pengakap.

2. Skarf berbentuk segi tiga berwarna biru tua dan berjalur merah putih.

3. Kemeja biasa berwarna kelabu, bersaku dua, berstrap di atas bahu, berlengan pendek dan bentuk leher cekak musang dipakai ke dalam bahagian seluar.

4. Seluar panjang berwarna biru tua berukuran 35 cm hingga 40 cm. Pengakap
kanak-kanak boleh juga memakai seluar pendek dengan stoking berwarna biru tua dan garter berwarna hijau.

5. Tali pinggang yang berkepalakan lambang Pengakap Malaysia berwarna
gangsa.

6. Kasut kulit atau kanvas berwarna hitam yang bertali.

7. Pakaian Pengakap Kanak-kanak perempuan sama seperti pakaian
Pengakap Kanak-kanak lelaki kecuali baju berlengan panjang, leher cekak
musang ala kebaya serta bersaku dua di bahagian atas, seperti kemeja
lelaki. Seluar panjang berwarna biru tua potongan lelaki atau skirt berwarna
biru tua dan labuhnya hingga ke paras bawah lutut.